Laman ABIM Sabah
Monday, July 1, 2013
Sinar Ramadhan 1434 Hijrah : Kempen Sekampit Beras & Sekotak Kurma
Tuesday, June 25, 2013
Seminar Peradaban Islam : Cabaran & Realiti Dakwah Serantau
Pada 22 Jun 2013 (Sabtu) yang lalu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah telah mengadakan Seminar Peradaban Islam : Cabaran & Realiti Dakwah Serantau Sempena Muktamar Sanawi ABIM Sabah Kali ke-31 yang diadakan di Auditorium
Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Yayasan Sabah, Likas, Kota Kinabalu. Seminar ini anjuran ABIM Sabah kerjasama dengan Kementerian Belia & Sukan Sabah, Pejabat Mufti Sabah, Dewan Bahasa & Pustaka, JHEINS, JAKIM,YADIM & Dewan Dakwah Indonesia.
antara petikan ahli panel ialah "Kalau mahu jadi umat yang prihatin, haruslah menggerakkan kudrat yang telah dipinjamkan oleh Allah swt ini untuk kepentingan dakwah demi kebaikan umat Islam keseluruhannya. Bukannya menjadi manusia SIMATUPANG (Siang Malam Tunggu Panggilan." Kata-kata yang dituturkan oleh Bapak Syuhada Bahri Sahal, Pengerusi Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia nyata menarik perhatian di kalangan para hadirin Seminar Peradaban Islam: Cabaran & Realiti Dakwah Serantau.
Ucap Utama sempena dengan seminar tersebut telah disampaikan oleh Mufti Sabah, Sahihus Samahah Ustaz Hj. Bungsu Bin Hj. Jaafar. Ia diikuti dengan pengisian forum oleh Tuan Haji Ahmad Azam Ahmad Rahman, Pengerusi Future Global Network, YBhg Ustaz Syuhada Bahri Sahal, Pengerusi Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia & YBhg. Ustaz Abdul Kahar Abdul Rahman.
Thursday, December 6, 2012
Kem Iqra' di Pulau Banggi, Kudat
30 November – 2 Disember yang lepas, Islamic Information centre (IIC), ABIM Negeri Sabah dengan kerjasama sukarelawan dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia telah menganjurkan siri pertama Kem IQRA’ di Kg. Lok Tohog, Pulau Banggi, Kudat. Program tiga hari ini berfokus kepada mengajak masyarakat Islam untuk menghayati ajaran Islam yang sebenar.Masyarakat Islam di Pulau Banggi ini sebenarnya telah memeluk Islam sejak 30 tahun yang lalu. Namun, akibat kerana kurangnya pendedahan terhadap ajaran Islam yang sebenar dan tiada tunjuk ajar dari guru yang terlatih, kebanyakan mereka gagal mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Oleh itu, ABIM merasa bertanggungjawab untuk membantu masyarakat disini dengan menanamkan jatidiri Islam kedalam diri mereka. Pada masa yang sama, ABIM konsisten dalam menjadikan agenda pendidikan sebagai salah satu method untuk membantu masyarakat disini.
Sepanjang program ini, ABIM dibantu oleh tiga orang sukarelawan dari PKPIM dan selebihnya dari ABIM sendiri. Program belangsung dengan kerjasama Imam Muhari yang merupakan penduduk tetap di Kg. Lok Tohog. Imam Muhari telah menerima latihan khas daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah (JHEINS) sebelum bertugas sepenuh masa sebagai imam disana.
Menurut Imam Muhari, pada Januari tahun hadapan akan dimulakan sebuah sekolah agama (KAFA) untuk anak-anak disini. Projek sekolah agama ini akan diuruskan sendiri oleh pihak Surau Al-Falah, Kg. Lok Tohog. Bangunan yang akan digunakan adalah bagunan surau yang ada sekarang. Pihak surau masih dalam proses untuk mencari bahan-bahan bantuan belajar seperti kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain lagi. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, dialu-alukan untuk melakukannya. Sumbangan boleh disalurkan melalui ABIM Negeri Sabah.
Di akhir program ini, antara resolusi yang dicadangkan oleh sukarelawan adalah untuk membantu dalam meyediakan sukarelawan terlatih untuk dihantar ke Pulau Banggi secara berkala. Ini dipersetujui oleh Imam Muhari lebih-lebih lagi kerana disini terdapat peluang yang luas untuk membantu Muslim disini terutamanya kepada golongan remaja. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. InsyaAllah.
Wednesday, December 5, 2012
Program Pengisian Saudara Baru; Kem Iqra' siri 1, Ranau
23 – 25 November 2012,
Islamic Incormation Centre (IIC), ABIM Negeri Sabah, dengan kerjasama ABIM
Daerah Ranau dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah telah menganjurkan
Program Pengisian Saudara Baru, Kem Iqra’ Siri 1 di Kg. Sumbilingon, Ranau. Pada
masa yang sama, diadakan juga Program Ceramah Kesihatan bertajuk “Makanan
Sihat, Minda Sihat” di kampung bersebelahan iaitu Kg. Malinsau.
Antara objektif
program-program ini adalah untuk memberikan kefahaman tentang pengamalan Islam
kepada golongan saudara baru di Ranau. Disamping itu, dapat membuka ruang
dakwah yang lebih luas kepada mahasiswa universiti dan kolej. Ini juga dapat
memberi peluang kepada masyarakat disini untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam
dan semoga mereka akan lebih bersemangat dalam mengamalkan ajaran Islam yang
sebenar.
Sepanjang program tiga
hari ini, para sukarelawan yang telah dilatih memberikan pengisian seperti
pemahaman aqidah yang benar, cara-cara solat yang betul dan mengajar mengaji
Iqra’. Golongan kanak-kanak juga diberi peluang untuk menonton video “Hafalan
Solat Delisa” untuk memberi motivasi kepada mereka dalam mengerjakan solat
fardhu. Sukarewalan juga sempat menziarahi 24 buah rumah saudara bagu bagi
mengedarkan risalah berkaitan solat sambil mengajak mereka menyertai program di
surau. Seramai 14 orang sukarelawan telah terlibat secara langsung di dalam
program kali ini.
Ceramah kesihatan di Kg.
Malinsau mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Kebanyakan kaum ibu yang
turut serta di dalam ceramah tersebut berharap agar diadakan sesi-sesi ceramah
seperti ini secara berkala. Terutamanya ceramah yang mambincangkan tentang
pengamalan Islam.
Majlis penutupan program
dirasmikan oleh Ustaz sabri dari ABIM Daerah Ranau dan pada masa yang sama
menyampaikan sumbangan ‘Sekampit Beras’ kepada pendudk kampung. ABIM Negeri
Sabah sentiasa konsisten dalam mambantu masyarakat Muslim khusunya kepada
saudara baru untuk memahami Islam dengan lebih mendalam. Semoga program-program
seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang. Wallahu’alam.
Tuesday, October 30, 2012
Sahabat-sahabat di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dijemput untuk menyertai Kuliah Tafsir Maudhu'i Siri Khas oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil sempena pelancaran buku 'Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat Rakyat' anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah JHEAINS), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, pada 17 November 2012 (Sabtu), bertempat di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Penyertaan adalah PERCUMA...
Wednesday, August 1, 2012
"Sinar Ramadan 1433H: Kempen Sekampit Beras & Sekotak Kurma
Sempena kehadiran bulan mulia, Ramadan Kareem 1433H, ABIM Sabah seperti tahun sebelumnya menganjurkan "Sinar Ramadan 1433H: Kempen Sekampit Beras & Sekotak Kurma" untuk diagihkan kepada asnaf dan insan yang memerlukan di seki
tar Pantai Barat Selatan dan Pendalaman Sabah. Oleh yang demikian, sahabat FB sekitar KK & Sabah yang mahu menyumbang dan terlibat dalam kempen ini serta ingin bertanyakan maklumat lanjut berkaitan kempen ini, bolehlah menghubungi En. Jaafar (016-8401894), Cik Dayang Uziah (019-8317876), Hjh. Ariadi (019-8628549) dan En. Mohd Zikri Hj. Zainudin. Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk tunai dan bentuk barangan keperluan dapur (Sekampit beras dan sekotak kurma) untuk diberikan kepada yang memerlukan. Sumbangan anda amat dihargai, semoga Allah SWT memberkati dan memberi nikmat & rezeki kepada penyumbang yang budiman.
Monday, March 5, 2012
Kuliah Tafsir Maudhu'iy Ke-18 Sempena Multaqa dan Forum Pengkisahan 30 Tahun ABIM Sabah
Diundang ke Kuliah Tafsir Maudhu'iy Ke-18 Sempena Multaqa & Forum Pengkisahan 30 Tahun ABIM Sabah, pimpinan Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH), merangkap Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), pada 10 Mac 2011 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, bertempat di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Likas. Kuliah ini adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah. Penyertaan PERCUMA. Jom kita meriahkan majlis ilmu yang penuh dengan keberkatan dan hikmah.
Friday, February 10, 2012
Program Siri Asuh-Bimbing-Didik-Anak-Anak (SABDA)
Bagi mereka yang ingin menambah ilmu dan
kemahiran dalam parenting atau keibubapaan, inilah peluang keemasan anda
bagi mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Papar dan
Membakut untuk mengikuti Program SABDA (Siri Asuh-Bimbing-Didik Anak)
anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal
Pengguna Negeri Sabah dan Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) Sabah dengan
kerjasama Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Bahagian Beaufort dan
PIBG SMK Membakut pada 11 Februari (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 12.30
tengah hari bertempat di Dewan SMK Membakut. Penyertaan adalah PERCUMA.
Antara yang bakal mengisi program ini ialah Pn. Fadhlina Dato' Dr.
Siddiq, Naib Presiden ABIM Pusat (HELWA), Datuk Idris Jauzi, Pengarah
CEDC dan Dr. Hjh. Ananglangka.Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk
Hj. Mohd Arifin Hj. Mohd Arif, ADUN N.24 Membakut. Anda berminat? Boleh
berhubung dan mendaftar dengan Sdri. Dayang Uziah di talian 088-212080.
Subscribe to:
Posts (Atom)