Pada 8-11 November yang lalu Setiausaha ABIM Sabah (Sdr. Zikri Zainuddin) dan Sdr. Ajrin Abd Karim (YDP ABIM Kota Marudu) telah menghadiri dialog dunia melayu dunia Islam di negara Brunei Darussalam. Mereka mewakili belia dari Sabah yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.
Tuesday, November 17, 2009
Monday, November 9, 2009
Kembara Amal ABIM siri-5 2009
Sekretariat Pembangunan Sosial ABIM Sabah akan menganjurkan KAA-V 2009 pada minggu akhir Disember 2009. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi sdr. Mohd Salim (0198953888).
Posted by
abim_sabah
at
6:15 AM
KHATAN JAMAIE DI RPH RANAU DAN TAMAN JAYA DIRI SEPANGGAR
Rumah Putera Harapan (RPH), ABIM Ranau dengan kerjasama Masjid At-Taqwa Ranau akan menganjurkan majlis berkhatan Jamaie pada 5 Disember 2009. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Sdr.Sabri (0198993315). ABIM Sepanggar turut merancang untuk mengadakan majlis yang sama. Sesiapa yang berminat di kawasan Kota Kinabalu, boleh berhubung dengan Tuan Hj Lukman Ismail (0135582988)
Posted by
abim_sabah
at
5:57 AM
KEM JATI DIRI BELIA
ABIM Sabah dengan kerjasama JBS akan menganjurkan Kem Jati Diri belia pada 20-22 November akan datang. ABIM Sabah mengalu-alukan belia yang berminat. Para peserta Ihya Ramadhan yang lalu amat dialukan. Maklumat lanjut sila berhubung dengan Sdr.Helmi di sekretariat ABIM Sabah
Posted by
abim_sabah
at
5:50 AM
Tuesday, November 3, 2009
Kuliah Fiqh Aulawiyat
Pada 31hb Oktober 2009 yang lalu Sisma ABIM Sabah telah menganjurkan Siri Wacana Ilmu Pagi Sabtu siri pertama. Pada sesi pertama berkenaan telah disi dengan kuliah fiqh Aulawiyat. Pembentangnya adalah sdr. YDP ABIM Sabah. Beliau telah mengupas buku Memahami keutamaan karangan Sheikh Yusuf Qardawi.
Posted by
abim_sabah
at
9:21 PM
Monday, October 12, 2009
Tahniah!
Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) dan ABIM kerana telah menamatkan pengajian mereka di peringkat Universiti. Antaranya Fairuz As-Saadah Hj. Sulaiman (Penolong Setiausaha ABIM Sabah), Surena Nuid (Timbalan Pengerusi SISMA), Nurhaizah Ejab (Ketua Biro Dakwah SISMA), Norkiah Talah (Ahli SISMA), Mohd Farid Abdul Rasap (Ahli SISMA) dan Mohd Busyrol Karim Kholil (Ahli SISMA) daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Nor Jihan Datuk Hj. Sapawi (Timbalan Pengerusi HELWA ABIM Sabah) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). ABIM Sabah berharap agar mereka ini terus menyumbang tenaga kepada masyarakat dalam menyampaikan mesej dan peringatan yang baik untuk masyarakat khususnya di negeri Sabah. Sesungguhnya kudrat mereka inilah yang banyak membantu ABIM Sabah memartabatkan Islam di negeri Sabah.
Posted by
abim_sabah
at
1:57 PM
Saturday, October 3, 2009
Kenyataan Media ABIM Sabah: Kemudahan Surau Di Premis Umum
3hb Oktober 2009
ABIM Sabah menyambut baik gesaan YB Datuk Hj Nasir Tun Sakaran berhubung dengan penguatkuasaan oleh kementerian kerajaan tempatan Sabah agar semua premis umum di negeri ini menyediakan surau yang baik termasuk kemudahan-kemudahan mengerjakan solat untuk kemudahan umat Islam. Sudah sampai masanya semua pihak sama-sama menghormati Islam sebagai agama rasmi di negeri dan negara ini.
ABIM turut menyarankan agar, kemudahan solat dan kedudukan surau berkenaan perlu berada di kawasan strategik dan memudahkan semua orang Islam. ABIM amat kesal pada waktu ini surau atau ruang solat diletak pada kedudukan yang kurang baik dan tidak mencerminkan kesungguhan pihak pemunya premis.
ABIM Sabah amat berkeyakinan jika surau dan kemudahan solat ini diperbaiki sekaligus bukan setakat ia menjaga kebajikan orang-orang Islam malah dapat meningkatkan jumlah pengunjung ke tempat-tempat berkenaan.
Terima kasih
Abdul Manap bin Mahmud
YDP ABIM Sabah

11:16 AM
Tuesday, September 29, 2009
Salam Aidilfitri 1430H / 2009

Di kesempatan Syawal yang menjelang ini, ABIM Sabah ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat, semoga dengan kehadiran syawal ini banyak memberi makna kepada kita untuk berfikir kembali akan asal fitrah kita sebagai manusia. ABIM Sabah berharap agar kita menyambut Syawal dengan penuh rasa kesyukuran kerana berjaya mengharungi bulan tarbiyyah (latihan) dengan penuh gigih dan dedikasi serta menyambut Syawal ini dengan penuh kesederhanaan. Budaya ziarah menziarahi harus diteruskan bukan saja di bulan Syawal ini tetapi juga dibudayakan sepanjang masa agar ukhuwwah dapat dikukuhkan. Mudah-mudahan bulan syawal kali ini dapat membersihkan jiwa kita agar kita menjadi istiqamah dalam beribadah dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang mendatangkan dosa.
"Minnal Aidin Wal Faizin"
Posted by
abim_sabah
at
9:57 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)