Friday, February 10, 2012

Program Siri Asuh-Bimbing-Didik-Anak-Anak (SABDA)


Bagi mereka yang ingin menambah ilmu dan kemahiran dalam parenting atau keibubapaan, inilah peluang keemasan anda bagi mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Putatan, Papar dan Membakut untuk mengikuti Program SABDA (Siri Asuh-Bimbing-Didik Anak) anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah dengan kerjasama Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Bahagian Beaufort dan PIBG SMK Membakut pada 11 Februari (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan SMK Membakut. Penyertaan adalah PERCUMA. Antara yang bakal mengisi program ini ialah Pn. Fadhlina Dato' Dr. Siddiq, Naib Presiden ABIM Pusat (HELWA), Datuk Idris Jauzi, Pengarah CEDC dan Dr. Hjh. Ananglangka.Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Mohd Arifin Hj. Mohd Arif, ADUN N.24 Membakut. Anda berminat? Boleh berhubung dan mendaftar dengan Sdri. Dayang Uziah di talian 088-212080.

1 comment:

Mazlum Syahid said...

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

Web: almawaddah.info

Salam


Kepada:

 

Redaksi, rektor dan para akademik


Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan