Monday, July 1, 2013

Sinar Ramadhan 1434 Hijrah : Kempen Sekampit Beras & Sekotak Kurma






Sempena kehadiran bulan mulia, Ramadan Kareem 1434H, ABIM Sabah seperti tahun sebelumnya menganjurkan "Sinar Ramadan 1433H: Kempen Sekampit Beras & Sekotak Kurma" untuk diagihkan kepada asnaf dan insan yang memerlukan di sekitar Pantai Barat Selatan dan Pendalaman Sabah. Oleh yang demikian, sahabat FB sekitar KK & Sabah yang mahu menyumbang dan terlibat dalam kempen ini serta ingin bertanyakan maklumat lanjut berkaitan kempen ini, bolehlah menghubungi En. Mohd Shahrudin (013-8999454) atau cik. Nurain (013-8348078). Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk tunai dan bentuk barangan keperluan dapur (Sekampit beras dan sekotak kurma) untuk diberikan kepada yang memerlukan. Sumbangan anda amat dihargai, semoga Allah SWT memberkati dan memberi nikmat & rezeki kepada penyumbang yang budiman. 


No comments: