Masyarakat di luar sana khususnya warga yang beragama Islam dan baru memeluk Islam mempunyai keazaman yang besar dan iltizam yang tinggi untuk mempelajari dan menekuni Islam sebagai satu cara hidup (way of life). Namun, mereka lazimnya akan berdepan dengan cabaran dan kesukaran mendapatkan tempat, panduan, perundingan secara terus, diskusi ilmiah dan pemikiran-pemikiran terkini tentang pandangan alam Islam (Islamic worldview) serta bimbingan bersifat fardhu-ain dan fardhu kifayah. Dengan adanya Pusat Informasi Islam atau Islamic Information Centre (IIC) khususnya di kawasan Bandar, kini warga yang beragama Islam seluruhnya boleh mendapatkan maklumat, bimbingan, khidmat nasihat dan perundingan tentang Islam dengan mudah dan cepat. Keperluan One stop centre sebegini pastinya insyaAllah akan menjadi pusat komuniti bagi memungkinkan warga dapat berinteraksi antara satu sama lain, berkumpul bersama membincangkan perkara-perkara keagamaan dan dan berdiskusi tentang isu-isu semasa dalam masyarakat Islam di Sabah khususnya dan dunia amnya.
Dengan pelaksanaan Program Dakwah Through Mosque Tour pada 14-16 Oktober 2011 (Jumaat hingga Ahad) baru-baru ini anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sabah & Islamic Outreach ABIM (IOA), ABIM Sabah dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu akan melancarkan Islamic Information Centre (IIC) yang berpusat di Pejabat ABIM Sabah, Grace Square, Sembulan dan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Perkara ini selaras dengan penubuhan dan resolusi Islamic Outreach ABIM-MBR di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang antara lain fungsinya adalah untuk menyantuni pelancong-pelancong yang melawat Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan mendapatkan maklumat tentang Islam.
Antara objektif utama pelancaran Islamic Information Centre (IIC) adalah sebagai ‘One Stop Centre’ bagi warga yang beragama Islam dan Saudara baru kami dalam Islam, remaja dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan Islam dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan mahupun diskusi-diskusi berbentuk pencerahan aqal budi. Selain itu, Islamic Information Centre (IIC)) turut menyediakan kemudahan perpustakaan dan peminjaman buku bagi mereka yang mencintai ilmu dan gemar membaca.
ABIM Sabah dan Masjid Bandaraya (MBR) melalui Islamic Information Centre (IIC) juga merancang akan mengadakan kelas membaca al-Quran serta kursus-kursus yang berkenaan dengan pemikiran Islam, aqidah, tauhid, ibadah dan kemahiran-kemahiran terkini yang perlu dimiliki oleh warga yang beragama Islam sebagai benteng mendepani cabaran mendatang.
Semoga dengan penubuhan Islamic Information Centre (IIC) ini dapat memberikan manfaat dan dapat menyantuni seluruh masyarakat di kawasan sekitar Kota Kinabalu untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang unggul.

No comments:
Post a Comment