Wednesday, December 5, 2012

Program Pengisian Saudara Baru; Kem Iqra' siri 1, Ranau

 
23 – 25 November 2012, Islamic Incormation Centre (IIC), ABIM Negeri Sabah, dengan kerjasama ABIM Daerah Ranau dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah telah menganjurkan Program Pengisian Saudara Baru, Kem Iqra’ Siri 1 di Kg. Sumbilingon, Ranau. Pada masa yang sama, diadakan juga Program Ceramah Kesihatan bertajuk “Makanan Sihat, Minda Sihat” di kampung bersebelahan iaitu Kg. Malinsau.

Antara objektif program-program ini adalah untuk memberikan kefahaman tentang pengamalan Islam kepada golongan saudara baru di Ranau. Disamping itu, dapat membuka ruang dakwah yang lebih luas kepada mahasiswa universiti dan kolej. Ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat disini untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam dan semoga mereka akan lebih bersemangat dalam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Sepanjang program tiga hari ini, para sukarelawan yang telah dilatih memberikan pengisian seperti pemahaman aqidah yang benar, cara-cara solat yang betul dan mengajar mengaji Iqra’. Golongan kanak-kanak juga diberi peluang untuk menonton video “Hafalan Solat Delisa” untuk memberi motivasi kepada mereka dalam mengerjakan solat fardhu. Sukarewalan juga sempat menziarahi 24 buah rumah saudara bagu bagi mengedarkan risalah berkaitan solat sambil mengajak mereka menyertai program di surau. Seramai 14 orang sukarelawan telah terlibat secara langsung di dalam program kali ini.


Ceramah kesihatan di Kg. Malinsau mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Kebanyakan kaum ibu yang turut serta di dalam ceramah tersebut berharap agar diadakan sesi-sesi ceramah seperti ini secara berkala. Terutamanya ceramah yang mambincangkan tentang pengamalan Islam.

Majlis penutupan program dirasmikan oleh Ustaz sabri dari ABIM Daerah Ranau dan pada masa yang sama menyampaikan sumbangan ‘Sekampit Beras’ kepada pendudk kampung. ABIM Negeri Sabah sentiasa konsisten dalam mambantu masyarakat Muslim khusunya kepada saudara baru untuk memahami Islam dengan lebih mendalam. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.  Wallahu’alam.
                                                                        




1 comment:

Anonymous said...

buatlah juga di daerah lain , tahniah abim sabah