Monday, August 29, 2011

Majlis Penyampaian Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma Kepada Muallaf




Sempena kehadiran bulan Ramadhan, WADAH dan ABIM Sabah telah mengerakkan Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma untuk membantu golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, ibu tunggal, muallaf dan golongan fakir. Atas permintaan daripada SAHABAT (Sahabat Teratak Fitrah) yang kebanyakkannya terdiri daripada para muallaf, SAHABAT mengambil inisiatif memaklumkan pihak WADAH dan ABIM untuk membantu 11 orang muallaf yang kurang berkemampuan melalui sumbangan orang ramai dalam Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma. Pada 25 Ogos lepas, Majlis Penyampaian Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma kepada muallaf telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Sainuri Hj. Yahmin, Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah. Beliau menyatakan bahawa melalui program seperti ini, masyarakat dapat diperingatkan untuk membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan di mana ganjarannya berlipat kali ganda. Semoga usaha Fastabikul Khairat ini sentiasa konsisten dan diteruskan pada masa akan datang.

No comments: