Monday, August 29, 2011

Majlis Khatam al-Quran Dan Majlis Iftar Jamaiyy WADAH-ABIM-SISMA 1432H / 2011







Bersempena Ramadhan al-Mubarak tahun ini, WADAH-ABIM-SISMA telah sepakat melaksanakan Majlis Khatam al-Quran Dan Majlis Iftar Jamaiyy WADAH-ABIM-SISMA pada 25 Ogos (Selasa) bagi menghayati dan melaksanakan isi kandungan al-Quran sebagai petunjuk kepada umat manusia yang juga diturunkan pada bulan Ramadhan serta mengukuhkan ukhuwwah dan silaturrahim dalam Majlis Iftar Jamaiyy (Berbuka puasa secara berjemaah). Majlis dimulakan pada jam 5.30 petang dengan Majlis Khatam al-Quran diikuti Tazkirah oleh Tn. Hj. Sainuri Hj. Yahmin, Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah. Majlis seterusnya diserikan dengan Majlis Iftar Jamaiyy WADAH-ABIM-SISMA diikuti Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Tarawih berjemaah. Semoga majlis yang dilaksanakan ini bermanfaat dan akan diteruskan demi memperkasa keluarga besar WADAH-ABIM-SISMA.

No comments: