27 Ogos lepas, ABIM Sabah berkesempatan ziarah dan melawat mangsa kebakaran di Kg. Sembulan Lama dan Kg. Gudon, Menggatal. Hasil daripada sumbangan orang ramai dalam Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma diberikan kepada 6 keluarga yang ditimpa musibah. Turut hadir memberikan sumbangan tersebut adalah Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah, Dr. Abdullah Bade dan Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah, Sdr. Mohd Zikri Hj. Zainudin. Semoga keluarga yang ditimpa musibah tabah dan diberikan kekuatan menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan daripada orang ramai dapat mengurangkan dan meringankan beban mereka.
No comments:
Post a Comment