Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri 1432H / 2011



Di kesempatan Syawal yang bakal menjelang tiba, ABIM Sabah ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat, semoga dengan kehadiran syawal ini banyak memberi makna kepada kita untuk berfikir kembali akan asal fitrah kita sebagai manusia. ABIM Sabah berharap agar kita menyambut Syawal dengan penuh rasa kesyukuran dan rasa penuh kemenangan kerana berjaya mengharungi bulan tarbiyyah (latihan) dengan penuh gigih dan dedikasi disamping menahan hawa nafsu daripada menguasai diri serta menyambut Syawal ini dengan penuh kesederhanaan. Budaya ziarah menziarahi harus diteruskan bukan saja di bulan Syawal ini tetapi juga dibudayakan sepanjang masa agar ukhuwwah dapat dikukuhkan. Mudah-mudahan bulan syawal kali ini dapat membersihkan jiwa kita agar kita menjadi istiqamah dalam beribadah dan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang mendatangkan dosa.

"Minnal Aidin Wal Faizin"

No comments: