PENGENALAN
Program Ihya Ramadhan Membina Belia Bertaqwa (Belia Bertaqwa) Kali ke-VI ini dilaksanakan oleh ABIM Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah adalah kesinambungan dari siri yang terdahulu iaitu Program Belia Bertaqwa I, II, III, IV, dan V sejak 2003. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Ihya Ramadhan dalam kalangan Belia Islam. Pada masa yang sama program ini berusaha untuk membina generasi muda yang mempunyai kesedaran beragama yang tinggi. Melalui kesedaran ini, diharap mereka akan sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka kepada diri dan masyarakat.
Tarikh: September 2008 / Ramadhan 1429H
Anjuran Bersama:-
Kementerian Belia dan Sukan Sabah
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah
Dengan Kerjasama:-
ABIM Daerah
OBJEKTIF PROGRAM
i) Membina kesedaran dalam diri golongan muda akan kepentingan mempertingkatkan
penghayatan terhadap bulan Ramadhan dan ibadah puasa
ii) Memperkukuhkan iltizam dalam diri untuk menghayati dan memahami al-Quran
Lokasi-lokasi Program:-
i) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kinarut
ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Timbua, Ranau
iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud
iv) Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam 1, Kinabatangan
v) Dewan Kemas, Beaufort
vi) Surau Ar-Rahman, Karamunting, Sandakan
vii) Institut Perguruan Guru, Keningau
viii) Institut Perguruan Guru, Tawau
ix) Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara, Tawau
x) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nangka, Tuaran
=_=
No comments:
Post a Comment