1. ABIM Sabah memandang serius terhadap kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan dalam media massa berhubung dengan isu penggunaan kalimah ”Allah”.
2. ABIM Sabah berpendirian dalam isu larangan penggunaan perkataan “Allah” oleh agama lain yang telah difatwakan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu dihormati oleh semua pihak. Kerana Masjid Fatwa Kebangsaan ini mewakili pandangan yang berasaskan ilmu yang mendalam, demi memelihara keharmonian beragama di Malaysia.
3. ABIM Sabah berpendapat penggunaan kalimah “Allah” perlu didasarkan oleh ilmu yang benar dari aspek epistemologi, pandangan alam (worldview) dan kajian ilmiah yang jujur. Justeru itu kempen tandatangan, membawa isu ke mahkamah atau pendekatan- pendekatan dangkal yang lain untuk menarik isu ini dalam kepentingan politik atau atas apa jua kepentingan lain dianggap sikap orang jahil yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Malahan lebih jauh dari itu, perkara tersebut menonjolkan kelemahan dan kedangkalan beragama pihak tertentu. Adalah tidak wajar kewujudan dan kebenaran Allah S.W.T ditentukan melalui kempen-kempen dan disensasikan oleh media massa.
4. ABIM Sabah berpendapat sentimen yang ditimbulkan oleh segelintir individu berkenaan sebenarnya akan menyebabkan kekeliruan lebih besar dalam masyarakat umum di Malaysia khususnya kepada yang tidak memahami pengertian sebenar kalimah “Allah”.
GESAAN ABIM SABAH
5. Sehubungan dengan isu-isu yang menyentuh kepentingan dan pegangan aqidah umat Islam terutama isu murtad ABIM Sabah Menggesa Kerajaan Negeri Sabah; (1) Menguatkuasakan undang–undang Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sabah yang berkaitan dengan isu murtad dengan lebih tegas dan bersungguh-sungguh; (2) Meminta Kerajaan memasukkan peruntukan dalam undang-undang Negeri Sabah berhubung hukuman bagi sesiapa yang didapati mendakyah agama lain kepada orang Islam untuk menukar agama.
6. Dalam usaha untuk memberi penerangan dan kefahaman menyeluruh orang-orang Islam dan bukan Islam dalam konteks masyarakat majmuk dan keharmonian maka ABIM Sabah mencadangkan agar pihak kerajaan negeri menubuhkan Institut Kajian Islam seakan Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
7. ABIM Sabah turut mencadangkan agar Institut kajian Islam atau Sekolah pengajian Islam perlu diwujudkan di UMS atau UiTM Sabah. Institusi ini penting agar kajian sistematik tentang Islam dan kepercayaan beragama dapat diperkukuhkan.
Sekian
ABDUL MANAP BIN MAHMUD
YDP ABIM SABAH
Sekian
ABDUL MANAP BIN MAHMUD
YDP ABIM SABAH
No comments:
Post a Comment