Seminar Memperingati Tokoh dianjurkan atas kesedaran bahawa meletakkan seseorang pada kedudukannya yang tepat dan wajar adalah tuntutan keadilan dan tanggungjawab insan beradab. Iqbal pernah berkata bahawa `bangsa yang berjiwa besar ialah bangsa yang tahu menghargai pemimpin dan perjuangannya’. Menurut Syair Arab pula, bangsa yang tahu menilai sejarah punya usia berlipat kali ganda. Dalam menilai sumbangan seseorang tokoh, yang perlu dikenang dan diiktiraf ialah jasa dan sumbangannya yang bermakna, yang luhur lagi agung yang telah mencorak perjalanan sejarah, bukan pada cacat cela peribadi atau kelemahan tokoh.Berdasarkan premis ini, ABIM Sabah telah mempelopori Seminar Memperingati Tokoh di peringkat negeri dengan memperkenalkan Tokoh-tokoh Pejuang yang telah memberi sumbangan dalam mempertahankan akidah ummat daripada pengaruh penjajahan seperti Datu Tating, Sharif Osman, Embo Ali, Mat Saleh, Pak Musa dan berberapa tokoh lain. Perjuangan para tokoh ini amat penting untuk digali kembali untuk dihayati oleh para generasi muda. Oleh itu, sudah sampai masanya Seminar ini di bawa ke peringkat Daerah terutama yang melibatkan tokoh setempat untuk manafaat kepada generasi muda di Daerah berkenaan. Di peringkat Daerah Kota Marudu ini, tokoh bersejarah Sharif Osman akan dibicarakan dengan lebih terperinci dan dijejaki lokasi perjuangannya.
Tarikh : 23 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat : Dewan Kota Marudu
Tempat : Dewan Kota Marudu
Masa : 8.00 pagi - 12.30 Tengah hari
Semua pihak adalah dialu-alukan hadir. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan sekretariat ABIM Sabah seperti maklumat yang tertera dalam blog ini.
No comments:
Post a Comment