Monday, May 4, 2009

Ziarah Ukuwwah ke Daerah Sandakan & Ranau

1hb Mei 2009

Beberapa orang pimpinan ABIM Negeri Sabah termasuk YDP telah mengadakan ziarah dan lawatan kerja ke ABIM daerah Sandakan. Mereka telah bertolak ke Sandakan pada jam 2.00 pagi. Dalam lawatan berkenaan mereka telah menghadiri Usrah Gabungan ABIM Sandakan di Taman Sejati (batu 6), diikuti dengan perbincangan dengan ABIM Sandakan dan solat Jumaat di Masjid Pengiran Galpam. Pada sebelah petang mereka turut mengiringi majlis pertunangan exco ABIM negeri (Sdr. Salim Japaran), kemudian mengunjungi Datuk Pengiran Hj Abdul Rahman bin Datuk Pengiran Galpam untuk membincangkan gerak kerja Seminar Memperingati Tokoh Pengiran Galpam. Mereka telah bertolak balik ke Kota Kinabalu jam 5.00 petang. Rombongan berkenaan turut mengunjungi Rumah Anak Yatim Putera Harapan ABIM di Ranau sekitar jam 10.00 malam dan mengadakan perbincangan ringkas dengan pengurusan RPH dan beberapa exco ABIM Ranau.

No comments: