Thursday, August 13, 2009

Program Penyampaian Sumbangan Yayasan Multimedia Telekom Malaysia Kepada Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau



Pada 10 Ogos 2009 (Isnin), ABIM Daerah Ranau bersama Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) dan Yayasan Multimedia Telekom Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Penyampaian Sumbangan Yayasan Multimedia Kepada Rumah Putera Harapan, Ranau. Sumbangan kewangan sebanyak RM 3,000 berserta barangan keperluan sekolah, makanan dan almari telah diberikan kepada penghuni Rumah Putera Harapan, Ranau. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua HELWA Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) merangkap wakil Yayasan Multimedia, Dr. Farieda Maarof kepada Yang Dipertua ABIM Daerah Ranau, Sdr. Suhadi Hj. Saidi. Seramai tiga wakil daripada Yayasan Multimedia bersama 8 orang kakitangan Telekom Malaysia (TM) telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Turut hadir sama wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau, Jawatankuasa ABIM Ranau dan Setiausaha ABIM Sabah. Semoga dengan sumbangan daripada Yayasan Multimedia ini dapat membantu sedikit sebanyak anak-anak yatim di Rumah Putera Harapan (RPH) untuk menuntut ilmu dan menjadi insan yang baik.

No comments: