Saturday, September 12, 2009

Program Ihya Ramadhan Ke-VII 1430H / 2009 Membina Belia Bertaqwa - Sihat Rohani

Sebulan Ramadhan ini, ABIM Negeri Sabah terus berbakti kepada ummah demi menyampaikan risalah suci ini untuk menjadi wadah kepada pembangunan umat Islam di negeri Sabah. Beberapa program telah dilaksanakan semasa bulan Ramadhan ini. Antara program yang menjadi fokus utama adalah Program Ihya Ramadhan Ke-VII 1430H / 2009 Membina Belia Bertaqwa - Sihat Rohani yang mensasarkan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi / Institut Pendidikan Guru Malaysia / Institut Kemahiran seluruh negeri Sabah. Sudah 11 telah diterokai dan alhamdulillah telah mendapat respon yang positif daripada peserta program. Program ini mempunyai beberapa komponen penting untuk melahirkan kesedaran kepada peserta tentang makna Taqwa. Antaranya adalah aspresiasi alam iaitu tayangan multimedia dan kemudiannya diikuti Qiamullail serta Kuliyyah Makna Taqwa. Setelah itu, peserta diuji kefahamannya tentang makna taqwa melalui bengkel dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akhirnya cuba membantu peserta untuk menghayati dan memahami makna Taqwa yang sebenar.

Institut Kemahiran MARA (IKM), Kota Kinabalu

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu


Politeknik Kota Kinabalu


Universiti Malaysia Sabah (UMS)


IPGM Gaya


Kolej Yayasan Sabah (KYS)


UNITAR Sabah - Kolej Masterskill



Dan pada 6 September 2009, telah berlangsung Majlis Pelancaran Kempen Sihat Rohani - 10S Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Majlis Belia Sabah (MBS) dan Badan Gabungan MBS dan Perasmian Penutup Program Ihya Ramadhan. ABIM Negeri Sabah telah diamanahkan untuk memperkenalkan dan membudayakan Sihat Rohani dalam diri belia di negeri Sabah. Majlis tersebut telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent, Tuaran di mana majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.


No comments: