Majlis Ihtifal TASKI ABIM Sabah telah diadakan pada 21hb November 2009 yang lalu. Majlis berkenaan telah diadakan di Kompleks Belia, JBS di Putatan. Seramai 200 orang anak-anak dari daerah Beaufort, Putatan, Kota Kinabalu, Papar dan Beaufort telah menerima hadiah dan sijil masing-masing daripada Sdr.Abdul Manap Mahmud,YDP ABIM.
Terdahulu dari itu dalam ucapannya, Sdr Abdul Manap telah menyatakan bahawa pendidikan awal anak-anak adalah amat penting. Justeru itu ibubapa perlu menjadikan rumahtangga mereka adalah madrasah awal anak-anak. Beliau turut menekankan,bahawa walaupun suasana sekitaran semakin banyak berubah tetapi pendidikan berasaskan Islam dalam kalangan anak-anak adalah sesuatu yang wajib dan perlu diambil berat.
No comments:
Post a Comment