Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Menjelang Tiba


Ramadhan, bulan keberkatan dan kerahmatan kini sudah hampir menjelang tiba. Bulan di mana tuntutan untuk berpuasa, membersihkan ruhaniyyah dan jasmaniyyah daripada kekotoran zahir dan batin. Allah s.w.t. berfirman;

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa", Surah Al-Baqarah: 183.

Allah s.w.t. telah mengurniakan satu bulan untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya dengan mengerjakan segala amalan dan ibadah dengan bersungguh demi mengharapkan redha Ilahi. Oleh yang demikian, ABIM Negeri Sabah ingin mengajak seluruh umat sama ada yang berada di Sabah, di Malaysia dan khususnya di seluruh dunia untuk menghayati dengan penuh kesedaran kehadiran bulan Ramadhan dan beramal serta beribadat dengan penuh ketekunan agar ketaqwaan kita semakin menebal dalam hati demi meraih cintaNya. Di kesempatan ini juga, ABIM Negeri Sabah ingin mengucapkan selamat melaksanakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan. Semoga amalan yang kita kerjakan akan diterima oleh Allah s.w.t.

ABIM Negeri Sabah juga akan menganjurkan beberapa program sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Antaranya Program Persediaan Ramadhan WADAH-ABIM-SISMA, Program Ihya Ramadhan Membina Insan Bertaqwa, Kempen Sekampit Beras dan Sekotak Kurma, Iftar Jamaiyy WADAH-ABIM-SISMA, Tadarus al-Quran dan sebagainya. Bagi yang berminat untuk menjadi fasilitator dan penggerak program tersebut atau berminat untuk menyertai program tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Sekretariat ABIM Sabah di talian 088-212080 atau emel abimsabah@yahoo.com.my atau hubungi Sdr. Jaafar Mahmud (016-8401894) atau emel jjaafarmahmud@yahoo.com atau hubungi Sdr. Mohd Zikri Zainudin (013-8830445) atau emel brozikr@yahoo.com.

"Marhaban Ya Ramadhan"

No comments: