Thursday, December 29, 2011

Kunjung Hormat Ke Atas YB Datuk Hj. Masidi Hj. Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah

Pada 9 Disember lepas, Angkatan Belia Islam Malaysia berpeluang membuat kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Datuk Hj. Masidi Hj. Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan program kerjasama yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua agensi. Antara program yang dibincangkan adalah program Mosque Tour atau Pelancongan Masjid di mana pelancong yang datang akan disambut oleh pemandu pelancong masjid atau sukarelawan yang akan menerangkan fungsi masjid sekaligus menerangkan tentang Islam. Program yang berteraskan pelancongan juga dibincangkan bagi membantu menjana ekonomi untuk kerajaan Negeri bagi manfaat seluruh rakyat Sabah. Seramai 4 orang daripada rombongan ABIM Sabah turut hadir berbincang bersama dengan Yang Berhormat Datuk iaitu Dr. Abdullah Bade, Yang Dipertua ABIM Sabah; Sdr. Mohd Zikri Zainudin, Timbalan Yang Dipertua ABIM Sabah; Sdr. Jaafar Mahmud, Setiausaha Kewangan ABIM Sabah dan Sdr. Ahmad Ramzy, Timbalan Pengerusi Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA). Semoga dengan adanya kerjasama yang erat antara NGO dan agensi kerajaan dapat membantu mendidik masyarakat untuk menjadi masyarakat yang mampu untuk membangunkan negara.


No comments: