Thursday, December 6, 2012

Kem Iqra' di Pulau Banggi, Kudat



30 November – 2 Disember yang lepas, Islamic Information centre (IIC), ABIM Negeri Sabah dengan kerjasama sukarelawan dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia telah menganjurkan siri pertama Kem IQRA’ di Kg. Lok Tohog, Pulau Banggi, Kudat. Program tiga hari ini berfokus kepada mengajak masyarakat Islam untuk  menghayati ajaran Islam yang sebenar.

Masyarakat Islam di Pulau Banggi ini sebenarnya telah memeluk Islam sejak 30 tahun yang lalu. Namun, akibat kerana kurangnya pendedahan terhadap ajaran Islam yang sebenar dan tiada tunjuk ajar dari guru yang terlatih, kebanyakan mereka gagal mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Oleh itu, ABIM merasa bertanggungjawab untuk membantu masyarakat disini dengan menanamkan jatidiri Islam kedalam diri mereka. Pada masa yang sama, ABIM konsisten dalam menjadikan agenda pendidikan sebagai salah satu method untuk membantu masyarakat disini.

Sepanjang program ini, ABIM dibantu oleh tiga orang sukarelawan dari PKPIM dan selebihnya dari ABIM sendiri. Program belangsung dengan kerjasama Imam Muhari yang merupakan penduduk tetap di Kg. Lok Tohog. Imam Muhari telah menerima latihan khas daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah (JHEINS) sebelum bertugas sepenuh masa sebagai imam disana.

Menurut Imam Muhari, pada Januari tahun hadapan akan dimulakan sebuah sekolah agama (KAFA) untuk anak-anak disini. Projek sekolah agama ini akan diuruskan sendiri oleh pihak Surau Al-Falah, Kg. Lok Tohog. Bangunan yang akan digunakan adalah bagunan surau yang ada sekarang. Pihak surau masih dalam proses untuk mencari bahan-bahan bantuan belajar seperti kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain lagi. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, dialu-alukan untuk melakukannya. Sumbangan boleh disalurkan melalui ABIM Negeri Sabah.
Di akhir program ini, antara resolusi yang dicadangkan oleh sukarelawan adalah untuk membantu dalam meyediakan sukarelawan terlatih untuk dihantar ke Pulau Banggi secara berkala. Ini dipersetujui oleh Imam Muhari lebih-lebih lagi kerana disini terdapat peluang yang luas untuk membantu Muslim disini terutamanya kepada golongan remaja.  Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

di Kota Belud sudah lama tiada program anjuran abim ,harap maklum .