Saturday, May 5, 2007

Berita

Sambutan 25 Tahun ABIM Sabah

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Negeri Sabah dengan penuh kesadaran dan keinsafan menyambut ulang tahun penubuhan kali ke 25 di bumi Sabah tanah bertuah.

Mesej ABIM sejajar dengan mesej pengutusan Adam a.s iaitu membawa satu revolusi besar kepada dimensi konsep Makhluk - khaliq. Iaitu Makhluk yang ditaklifkan dengan tanggungjawab bukan setakat sebagai hamba yang beriman, pada masa yang sama memakmurkan alam sejagat (kekhalifahan). Bertitik tolak dari pengutusan Adam a.s ini, baginda mempunyai sejumlah kredibiliti kualiti yang tidak mampu ditandingi oleh makhluk lain termasuklah para malaikat dan iblis. Kredibiliti ini pada hakikatnya turut diwarisi oleh semua anak, cucu-cicit Adam a.s. Iaitu adanya infrastruktur dan kefungsiaan Aqal selain Nafsu, Jasad dan Roh. Aqal inilah yang menjadikan sumber daya maju kaum insane. Aqal jugalah yang menentukan kualiti kaum insane. Aqal jugalah yang amat diperlukan dalam melaksanakan tanggungjawab kekhalifahan. Aqal jugalah yang menjaga dan mengawal tingkah-laku sadar hamba dalam dimensi mengabdikan diri kepada khaliqnya. [Selanjutnya..][Gambar]

No comments: