Thursday, July 19, 2007

Berita

Celik Emosi, Celik Minda, Celik Hati

Kecelikan emosi selalunya dipedoman dengan ilmu. Sandaran ilmu tidak hanya kepada akal tetapi merujuk kepada naql. Darinya seorang itu mendapat hikmah. Hikmahlah yang menjadi suluh kepada akal dan emosi. Hasil pemikiran, dapatan dan pengalaman tanpa disuluh oleh hikmah ianya tidak memberi makna yang hakiki. Makna yang hakiki menjadikan emosi celik. Kecelikan emosi yang menyebabkan berlakunya perimbangan antara akal dan emosi dan membantu tindakan ke arah yang lebih bijaksana. Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan celik emosi? Celik mindanya ? dan celik hatinya?

Persoalan itu telah dibincangkan dengan meluas melalui Seminar Celik Emosi anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM Negeri Sabah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia Negeri Sabah, Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah . [Selanjutnya..]

No comments: