Wednesday, August 1, 2007

Berita

ABIM Sabah menandatangani MoU dengan Majlis Belia Daerah Brunei Muara, Negara Brunei Darussalam

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah dan Majlis Belia Daerah Brunei Muara (MBDBM), Negara Brunei Darussalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Belia pada 19 Jun 2007 / 4 Jamadilakhir 1428H di Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah. MoU tersebut memfokuskan kepada 5 bidang iaitu Bidang Pendidikan, Latihan dan Penerbitan, Bidang Sumber Daya Manusia, Bidang Ekonomi, Bidang Sukan dan Bidang Sosio-Budaya.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Sdr. Muddin Beting, Yang Dipertua ABIM Sabah dan Awang Mohd. Yusof Awang Murni, Naib Presiden MBDBM. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Puan Suzzanah Liaw, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah. MoU ini termeterai hasil daripada lawatan ABIM Sabah ke Negara Brunei Darussalam melalui Kembara Amal II pada 25 - 29 disember tahun 2006 dan MBDBM telah mengadakan kunjungan balas pada 26-28 Mac 2007. [Gambar]

No comments: