Saturday, August 18, 2007

Berita

MUKTAMAR SANAWI KE-25 ABIM SABAH DAN SEMINAR KEMERDEKAAN & AGENDA PENGISIAN

AlhamduliLlah. ABIM Sabah telah berjaya melaksanakankan Muktamar Sanawi Ke-25 pada 11 Ogos 2007 bersamaan 27 Rejab 1428 H bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

Bersempena dengan muktamar tersebut ABIM Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah telah menganjurkan Seminar Kemerdekaan dan Agenda Pengisian. Tuan Haji Yusri Mohamad, Presiden ABIM telah Menyampaikan Ucap Utama sekaligus merasmikan Majlis Muktamar dan Seminar tersebut.

Menariknya pada seminar kali ini, ABIM Sabah telah meraikan pimpinan-pimpinan pelajar Institut Pengajian Tinggi di Sabah melalui sesi forum yang bertajuk "Kemerdekaan dan Agenda Pengisian : Perspektif Generasi Muda". Panel-panel yang terlibat ialah Sdr. Mohd Zikri Zainudin (Setiausaha Biro Siswazah Muda ABIM Sabah), YM Tunku Nashril Tunku Abaidah (YDP Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Sabah), Sdr. Mohd. Syafiq Mohd. Fadeli (Mantan YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Gaya), Sdr. Mursidi Ahmad (YDP Kolej-kolej Kediaman UMS) dan Sdri. Cahaya Japar (Ketua Biro Perhubungan Awan & Keagamaan UNITAR Cawangan Sabah.

ABIM Sabah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan penganjur, rakan-rakan daripada agensi-agensi Kerajaan, rakan-rakan NGO serta dif-dif undangan yang hadir pada majlis Perasmian Muktamar dan Seminar serta semua yang terlibat dalam menjayakan muktamar dan seminar kali ini. [Gambar Seminar..] [Gambar Muktamar..]

No comments: