Friday, September 21, 2007

Berita

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1428H/2007-MEMBINA BELIA BERTAQWA KE-5


Pada 16 September 2007 bersamaan 4 Ramadhan 1428H yang lalu, ABIM Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Sabah telah menganjurkan program Ihya Ramadhan-Membina Belia Bertaqwa di SMK Tansau, Putatan yang merupakan lokasi pertama daripada 15 lokasi program ini diadakan di seluruh negeri.

Program ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dr. Mohd. Kassim Haji Ibrahim (Pegawai Pendidikan Gabungan Kota Kinabalu), Mustapha Sakmud (exco Abim Sabah), Datin Hajah Patimah Ali (Pengetua SMK Tansau) dan Pemimpin masyarakat setempat.

Program itu disertai oleh seramai 104 Pelajar dari kawasan Putatan bertujuan menyemarakkan semangat ihya Ramadhan di kalangan belia Islam di samping membina generasi belia yang mempunyai kesedaran beragama yang tinggi.

Y.B. Datuk berharap program ini dapat digerakkan ke seluruh Sabah agar lebih ramai belia di negeri ini berpeluang menimba ilmu dan mendapat maklumat yang berguna dalam memperkasakan diri dan minda agar berupaya menjana masa depan yang lebih baik. [Gambar]

No comments: