Sunday, November 11, 2007

Berita



MAJLIS IHTIFAL TASKI ABIM SABAH KALI KE-24, SESI 2007

Pada 8 November 2007 bersamaan 27 Syawal 1428H, ABIM Sabah telah mengadakan Majlis Ihtifal Taski ABIM Kali ke-24 Bagi sesi 2007. Seramai 80 orang pelajar daripada 7 buah telah menerima sijil tamat pengajian daripada Taski ABIM. Taski- Taski yang terlibat ialah Taski Seri Bestari Putatan, Taski Nurul Islam Tg. Aru, Taski Nurul Islam Sembulan, Taski Nurul Islam Likas, Taski Nurul Islam Papar, Taski Al-Hidayah Beaufort dan Taski Seri Murni Kota Belud. Timbalan Yang Dipertua ABIM Sabah, Encik Abdul Manap Mahmud telah merasmikan majlis tersebut dan sekaligus telah menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Sainuri Yahmin (Pengerusi WADAH Sabah), Encik Muarifin Mochoeri (Ketua Biro Pendidikan ABIM Sabah) dan Exco-exco ABIM Sabah. Pada Majlis tersebut juga, ABIM Sabah telah menganugerahkan penghargaan khas kepada Azizie Hijazie Osman, salah seorang pelajar Taski sebagai tanda penghargaan ABIM Sabah atas keberanian dan sumbangan beliau sebagai penderma Sum-Sum Tulang pada 2 Februari 2007 dan penderma Sel Darah Putih pada 26 September 2007 kepada adik kandungnya Ameera Natasha Osman yang merupakan pesakit Beta Thalasemia Major. Sumbangan bakti ikhlas beliau hanya Allah S.W.T. sahaja yang akan membalasnya. [Gambar]

No comments: