Wednesday, July 9, 2008

Aktiviti ABIM Sabah

Makluman program ABIM Sabah yang terdekat

1. Seminar Memperkasa Bangsa
Tarikh : 12 Julai 2008 / 9 Rejab 1428H
Tempat : Dewan SMK Pekan 2, Kota Belud
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengah hari

Program ini anjuran ABIM Kota Belud, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA) dan Persatuan Sama Sabah (PSS). Antara yang menarik adalah Ucap Utama oleh Dato' Dr. Siddiq Fadhil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah serta Forum "Memperkasa Bangsa" yang akan dipengerusikan oleh En. Mustapha Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah dan ahli panel terdiri daripada Presiden Persatuan Sama Sabah (PSS), Tn. Hj. Abdullah Hj. Sibil, En. Matlan Datu Unjong, Presiden Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA), Tn. Hj. Sainuri, Pengerusi Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dan wakil masyarakat Dusun. 

2. Kuliyyah Tafsir Maudhu'iyy 12
Tarikh : 13 Julai 2008 / 10 Rejab 1428H
Tempat : Auditorium Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah, Likas
Masa : 7.30 pagi - 1.30 tengah hari

Program ini merupakan siri yang ke 12 dan mendapat sambutan daripada masyarakat Sabah. Program ini dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Kuliyyah Tafsir Maudhu'iyy ini akan disampaikan oleh Dato' Dr. Siddiq Fadhil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah merupakan Tokoh Maulidur Rasul 1427H Negeri Perak.

3. Program Pra Perkahwinan : Smart Start
Tarikh : 19-20 Julai 2008 / 16-17 Rejab 1428H
Tempat : Kompleks Tabung Haji
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang

Program anjuran Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini disasarkan untuk mereka yang merancang untuk membina rumahtangga dan pasangan yang telah berkahwin selama 2 tahun. 

Marilah sama-sama kita ramaikan majlis ilmu yang penuh dengan manfaat.

No comments: