Ketokohan Imam Ghazali dan Relevansinya Dalam Konteks Semasa
Mohd. Zikri Zainuddin #
Pada 15 April 2008 lalu, bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Likas, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabahdengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah telah menganjurkanSeminar-Dokumentari Al-Ghazali: The Alchemist of Happiness sempena sambutan Maulid Rasul 1429H Peringkat Negeri Sabah. Seminar tersebut adalah salah satu simbol manifestasi dan solidariti umat Islam di negeri Sabah untuk memperkasakan warisan khazanahnubuwwah dan menggali iktibar serta pengalaman ilmuan Islam sepanjang zaman dengan menelusuri sejarah dan perjuangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.
Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, mantan Timbalan Pengarah ISTAC selaku Pengucap Utama telah mengupas ketokohan dan sifat-sifat mulia al-Ghazali yang wajar dijadikan contoh teladan bukan sahaja oleh para belia tetapi juga oleh semua lapisan masyarakat. Ketokohan al-Ghazali sebagai Hujjatul Islam bukan sahaja relevan dan terserlah semasa zamannya tetapi juga dalam konteks semasa. Dalam catatan ringkas ini, beberapa isi penting syarahan tersebut ingin dikongsi dengan pembaca, mudah-mudahan memberi banyak manfaat.
Selanjutnya di sini
No comments:
Post a Comment