Saturday, July 5, 2008

Artikel

Peranan Pertubuhan Sukarela Islam (PSI) Dalam Mengisi Ruang Kemerdekaan Di Negeri Sabah

Kertas kerja ini dibentang dalam Seminar "Sabah Setelah 50 Tahun Malaysia Merdeka" anjuran bersama Universiti Teknologi MARA Kota Kinabalu, Kerajaan Negeri Sabah, INTAN Sabah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada 4 - 5 September 2007

 

Oleh

 

Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Universiti Teknologi MARA

Shah Alam

 

Muddin Beting

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah


Abstrak

 Pertubuhan Sukarela Islam (PSI) mempunyai peranannya dalam menyalurkan  penerangan mengenai Islam secara menyeluruh dan memperjuangkan cita-cita Islamiyah secara bersepadu berdasarkan kesedaran Islam. Dalam kerangka yang lebih luas, PSI dilihat sebagai `sektor ketiga’ yang wujud secara terpisah dari struktur pemerintahan dan pergerakan politik yang memiliki signifikannya yang tersendiri serta berpengaruh di mana peranannya mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial dan pembinaan intelektualisme bangsa dan negara.

 

Bagi pertubuhan sukarela yang berorientasikan agama Islam, ia dikenali juga sebagai Pertubuhan Sukarela Islam (PSI). Peranan PSI dalam proses pembinaan negara bangsa boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pertama, PSI yang mempunyai single mindness of purpose atau matlamat khusus, kedua, PSI yang berteraskan program yang menyalurkan khidmat kebajikan dan penerangan mengenai Islam secara menyeluruh dan ketiga, PSI yang berteraskan massa yang bertujuan memperjuangkan cita-cita Islamiyyah secara bersepadu berdasarkan kesedaran Islam yang menyeluruh.

 

Segenap sektor masyarakat terlibat menyumbang terhadap proses pembinaan negara bangsa semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 dan juga semenjak Sabah berada di dalam Malaysia 44 tahun yang lalu. Sektor-sektor tersebut mewakili kumpulan kaum, gerakan pekerja, budayawan, warga pendidik, agensi media, pertubuhan agama dan pergerakan belia dan pelajar. Mereka merupakan antara kumpulan teras dalam masyarakat sivil yang terbentuk berasaskan idealisme dan kepentingan pelbagai sejajar dengan fitrah kerencaman citra bangsa Malaysia.

 

Sektor-sektor ini menggunakan dua wadah utama yang diiktiraf oleh undang-undang negara sebagai saluran bagi tujuan menyampaikan pandangan dan sikap terhadap isu-isu kemasyarakatan dan kenegaraan iaitu pertama, parti politik dan kedua, pertubuhan sukarela.  Di negara ini, pertubuhan sukarela dikenali sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Setiap perkumpulan masyarakat berhak menubuhkan pertubuhan sukarela bagi memperjuangkan pegangan, cita-cita dan kebudayaan yang menjadi identiti kumpulan. Oleh kerana itu, orientasi pertubuhan sukarela bersifat pelbagai meliputi kepentingan  kaum dan agama atau bersifat khidmat sosial.

 

Kertas kerja ini akan mengemukakan peranan yang dimainkan oleh Pertubuhan Sukarela Islam di negeri Sabah semenjak 44 tahun Sabah berada dalam Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada peranan yang dimainkan oleh USIA dan ABIM Sabah. Perkembangan dakwah tersebut akan cuba dihuraikan berasaskan kepada pembahagian mengikut dekad iaitu 1960-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an dan perkembangan di alaf baru.

Seterusnya di sini


No comments: