26 Disember 2008 - Rombongan Kembara Amal IV ABIM Sabah telah selamat berlepas dari Kampung E, UMS ke Kg Labuan, Kota Belud, destinasi pertama Kembara Amal IV. Program ini merupakan program tahunan ABIM Sabah di mana para peserta akan menjelajah seluruh Sabah bagi mengenali & memahami budaya di Sabah disamping mengetahui tahap kefahaman Islam masyarakat Islam di Sabah. Seramai 120 orang peserta mengikuti program ini yang terdiri daripada pimpinan ABIM Sabah, pimpinan ABIM Selangor, Majlis Belia Daerah Brunei Muara, Institut Pengajian Tinggi sekitar Sabah & belia-belia di Sabah. Para peserta akan mengembara ke 6 destinasi iaitu Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Telupid, Ranau. Objektifnya adalah mengkaji dan memahami tahap kefahaman beragama masyarakat Islam pelbagai suku kaum dan budaya di kawasan pedalaman Sabah sebagai komponen Kempen Gaya Hidup 10S - Sihat Rohani. Selain itu, memberi pendedahan pendidikan yang menyeluruh terutama konsep 3K (Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan ) pada semua golongan masyarakat terutamanya belia di kawasan pilihan sepanjang kembara amal dilaksanakan. Seterusnya, memperkenalkan semua badan penganjur kepada masyarakat di daerah sasaran. Akhir sekali, menanam semangat kesukarelaan dan meningkatkan jatidiri para peserta agar dapat menjadi insan dan warganegara yang baik.
No comments:
Post a Comment