Sunday, January 4, 2009

ABIM Sabah Mengutuk Serangan Rejim Zionis Ke Atas Semenanjung Gaza

ABIM Sabah mengutuk serangan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza sejak beberapa hari yang lalu. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi seranga bertubi-tubi Israel. ABIM Sabah mengajak seluruh rakyat Sabah agar sama-sama melahirkan rasa sedih dengan kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

ABIM Sabah berpandangan bahawa Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah umat manusia sejagat. Justeru itu ABIM sekali lagi menyeru seluruh rakyat Sabah untuk bangkit dan memberi sokongan moral rakyat Palestin.

ABIM Sabah menyeru agar seluruh umat Islam meningkatkan rasa ukuwwah dan persaudaraan dengan mengadakan solat hajat dan mendoakan agar rakyat Palestin diberikan kekuatan Iman dan keutuhan taqwa kepada Allah S.W.T.

No comments: