Wednesday, May 27, 2009

Ekspedisi Pendidikan ke Turki sempena Simposium Antarabangsa Badiuzzaman Said Nursi dan Risale i Nur.

ABIM Sabah dengan kerjasama Majlis Belia Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dan Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH) akan menghantar rombongan menyertai Ekspedisi Pendidikan ke Turki sempena Simposium Antarabangsa Badiuzzaman Said Nursi dan Risale i Nur. Rombongan berkenaan yang akan bertolak dari Kota Kinabalu pada 27hb Mei 2009 dan akan kembali pada 9 Jun 2009. Di Istanbul ekspedisi dijangka akan melawat Istana Topkapi, pusat pemerintahan kerajaan Uthmaniah dan Hagia Sophia (bangunan gereja yang kemudian dijadikan masjid dan kini sebagai muzium. Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) juga destinasi lawatan. Ekspedisi akan juga ke Konya tempatnya makam Maulana Jalaludin Rumi penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13; juga ke Bursa, ibu negara pertama kerajaan Uthmaniah yang juga pusat pengeluaran sutera.

No comments: