Thursday, July 30, 2009

"Memugar Risalah, Memperkasa Ummah"





Pada 25hb Julai 2009 yang lalu ABIM Negeri Sabah telah selesai melaksanakan Muktamar Sanawi kali ke-27. Bersempena dengan majlis berkenaan, ABIM Sabah telah menganjurkan Seminar Risalah Untuk Kaum Muslimin. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah sekaligus mewakili YB Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri. Dalam majlis berkenaan YDP ABIM Sabah, Sdr. Abdul Manap Mahmud telah menyampaikan ucapan Dasar (sila rujuk bahagian artikel blog ini) bertema "Memugar Risalah, Memperkasa Ummah". Intipati ucapan berkenaan memperlihatkan kebijaksanaan pendekatan yang telah diambil oleh ABIM ABIM sejak dua dekad yang lalu dan pada masa yang sama memberi perspektif yang akan melatari ABIM Sabah untuk masa mendatang.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh lebih 250 peserta yang terdiri dari ahli-ahli akademik, profesional, pentadbir, pengurus, pemimpin pertubuhan belia, ahli-ahli politik, NGOs dan pimpinan pelajar.

No comments: