Monday, July 20, 2009

Seminar Risalah Untuk Kaum Muslimin

Seminar “Risalah untuk Kaum Muslimin” ini adalah suatu usaha untuk memahami dan menimba khazanah pemikiran dan suluhan keilmuan yang tersurat dan tersirat dalam salah satu karya besar Yang Mulia Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (SMNA), iaitu seorang Sarjana Islam berwibawa di Malaysia yang diiktiraf oleh dunia Islam dan dunia Barat. Manuskripnya yang telah ditulis sejak 35 tahun yang lampau berkenaan sarat dengan penelitian sejarah, mengenal asal-usul permasalahan kaum muslimin, pengajaran dan ikhtibarnya, prinsip-prinsip dan konsep-konsep fundamental dalam agama Islam yang telah terabai, malahan turut menampilkan Mahraja(jalan keluar) terhadap sesuatu isu.

ABIM Sabah dengan rasa rendah diri, mencadangkan buat kali pertama di Malaysia dan di Sabah untuk mengangkat dan memberi perspektif tersendiri terhadap karya ini. Harapan untuk mengupas secara menyeluruh kandungan karya berkenaan mungkin dibatasi oleh waktu dan kesempatan tetapi ABIM Sabah berusaha agar karya “Risalah untuk Kaum Muslimin” ini menjadi bahagian terpenting oleh kelompok autoriti, peneraju dasar dan ahli akademik dalam membina polisi dan pandangan alam mendatang.Karya ini juga yang amat relevan pada masa ini dimana ummat Islam berada di dalam kecelaruan pemikiran dan di depani dengan cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang cuba untuk memesongkan aqidah ummat.
Tarikh Seminar : 25hb Julai 2009
Tempat : Mini Teater Bangunan Menara Tun Mustapha (dahulunya bangunan Yayasan Sabah)
Sinopsis aturcara :8.00 pagi (Pendaftaran);8.30 pagi (Majlis Perasmian);9.00 pagi(Kertas1)-Falsafah dan Praktik Yang Mulia Prof Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas;10.30(Kertas Kerja 1: Islam: Konsep dan Asas Akhlak-YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd. Farid Mohd Shahran,UIA); 2.00 petang (Kertas 3 Akal dan Ilmu-YBhg Dr. Mohd. Zaidi Ismail, IKIM);3.00 ptg(Kerta Kerja 4 : Adab dan Ta’dib-YBhg. Dr. Mohd. Sani Badron,IKIM); 4.00petang (Forum Cabaran pemikiran )

No comments: