Tuesday, August 25, 2009

Kursus Induksi Ihya Ramadhan Membina Belia Bertaqwa Siri Ke-VII






Pada 22-23 Ogos 2009, ABIM Negeri Sabah bersama Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah telah berjaya melaksanakan Kursus Induksi Ihya Ramadhan Membina Belia Bertaqwa Siri Ke-VII di Taski Bestari ABIM, Kg. Pasir Putih, Putatan, di mana bakal-bakal pengerak dan fasilitator untuk program Ihya Ramadhan telah dilatih dan dikursuskan agar mereka boleh menjadi fasilitator yang terbaik untuk mendidik peserta program Ihya Ramadhan yang di mana sasaran pada tahun ini lebih menumpukan mahasiswa-mahasiswa tahun pertama IPT seluruh Sabah. Antara IPT yang akan dikunjungi untuk program Ihya Ramadhan adalah Institut Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Politeknik, Institut Perguruan Kent, Institut Perguruan Gaya, Institut Perguruan Keningau, Institut Perguran Tawau, Universiti Malaysia sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kolej PTPL, Kolej Masterskills dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Dalam kursus ini, fasilitator bukan saja didedahkan tentang teknik kefasilitatoran, tetapi juga peranan fasilitator sebagai 'fasilitator muslim' atau dengan kata lainnya 'daie' dan pendakwah. Malah fasilitator itu juga berperanan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Inilah mungkin konsep yang kurang ditekankan kepada fasilitator biasa. Fasi ini harus menjadi daie untuk menyampaikan ilmu dan mesej yang jelas kepada mad'unya . Begitulah juga seperti yang dijelaskan dalam hadith Rasulullah S.A.W

"Sampaikanlah walau satu ayat..."


Maknanya fasi haruslah sampaikan kebenaran dengan jelas tanpa ragu-ragu dan menyampaikan kebenaran tersebut walaupun pahit untuk ditelan. Moga-moga dengan kursus ini fasi bukan saja dilatih untuk menjadi fasi, tetapi juga melahirkan sukarelawan dan pemimpin muda untuk meneruskan perjuangan para anbiya.

No comments: