Monday, August 31, 2009

KENYATAAN BERSAMA PGSM & NGOS ISLAM MALAYSIA TERHADAP ISU SEBAT KARTIKA SARI


Berikut ialah Kenyataan yang dikeluarkan oleh PEMBELA sewaktu Sidang Media di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 27 0gos 2000. ABIM telah diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Sdr.Mohamad Raimi Ab.Rahim dan Naib Presiden HELWA merangkap Exco Penyelidikan PGSM, Pn.Fadlina Siddiq. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO -NGO Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia.Kenyataan Bersama PGSM Dan Ngo-Ngo Islam Terhadap Isu Sebat Kartika Sari Dewi Shukarno.Kami dengan ini sedar bahawa Malaysia adalah satu-satunya Negara di dunia mengamalkan dual system perundangan yang unik yang berjalan seiring dan harmoni antara satu sama lain sekian lama dan perkara ini hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.
Kami dengan ini menegaskan seperti berikut :1. Kami menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah tentang titah baginda supaya semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk isu hukuman sebat ini.2. Doktrin pengasingan kuasa antara judisiari dan eksekutif mestilah ihormati.3. Menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana mana pihak mengenai undang-undang dan perlaksanaan undang­ undang syariah lebih-lebih lagi dari golongan yang bukan Islam.4. Semua pihak mematuhi dan menghormati keputusan yg dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.5. Hukuman dan pelaksanaan hukuman sebatan dimahkamah syariah hendaklah dikekalkan, diseragamkan dan dilaksanakan diseluruh negara.6. Majlis Peguam atau sesiapa yang tidak berkenaan dengan Agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan Agama Islam dan serahkan urusan kepada pihak yang berotoriti bagi Agama Islam.7. Menegaskan hukuman sebatan dalam Islam adalah untuk mendidik dan amat berbeza dengan hukuman yang dilaksanakan mengikut Kanun Kesiksaan yang diamalkan dalam Common Law dan Mahkamah Sivil.8. Kecewa dan membantah kenyataan Menteri Dalam Negeri kerana memang telah ada tukang sebat yang bertauliah yang sedia melaksanakan hukuman sebat.9. Kami mengucapkan syabas kepada Kartika Sari Dewi Shukarnor yang tabah dan sabar dalam menghadapi polemik ini dan sanggup menyerahkan nasibnya kepada pihak berkuasa Agama Islam Pahang (JAIP).
Yang benar,
MOHAMAD ISA BIN ABDUL RALIP,
Presiden PGSM,Bagi pihak NGO-NGO Islam Malaysia.
27hb.Ogos 2009.

No comments: