Saturday, October 3, 2009

Kenyataan Media ABIM Sabah: Kemudahan Surau Di Premis Umum

3hb Oktober 2009

ABIM Sabah menyambut baik gesaan YB Datuk Hj Nasir Tun Sakaran berhubung dengan penguatkuasaan oleh kementerian kerajaan tempatan Sabah agar semua premis umum di negeri ini menyediakan surau yang baik termasuk kemudahan-kemudahan mengerjakan solat untuk kemudahan umat Islam. Sudah sampai masanya semua pihak sama-sama menghormati Islam sebagai agama rasmi di negeri dan negara ini.

ABIM turut menyarankan agar, kemudahan solat dan kedudukan surau berkenaan perlu berada di kawasan strategik dan memudahkan semua orang Islam. ABIM amat kesal pada waktu ini surau atau ruang solat diletak pada kedudukan yang kurang baik dan tidak mencerminkan kesungguhan pihak pemunya premis.

ABIM Sabah amat berkeyakinan jika surau dan kemudahan solat ini diperbaiki sekaligus bukan setakat ia menjaga kebajikan orang-orang Islam malah dapat meningkatkan jumlah pengunjung ke tempat-tempat berkenaan.

Terima kasih

Abdul Manap bin Mahmud
YDP ABIM Sabah

No comments: