Monday, October 12, 2009

Tahniah!




Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) dan ABIM kerana telah menamatkan pengajian mereka di peringkat Universiti. Antaranya Fairuz As-Saadah Hj. Sulaiman (Penolong Setiausaha ABIM Sabah), Surena Nuid (Timbalan Pengerusi SISMA), Nurhaizah Ejab (Ketua Biro Dakwah SISMA), Norkiah Talah (Ahli SISMA), Mohd Farid Abdul Rasap (Ahli SISMA) dan Mohd Busyrol Karim Kholil (Ahli SISMA) daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Nor Jihan Datuk Hj. Sapawi (Timbalan Pengerusi HELWA ABIM Sabah) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). ABIM Sabah berharap agar mereka ini terus menyumbang tenaga kepada masyarakat dalam menyampaikan mesej dan peringatan yang baik untuk masyarakat khususnya di negeri Sabah. Sesungguhnya kudrat mereka inilah yang banyak membantu ABIM Sabah memartabatkan Islam di negeri Sabah.

No comments: