Wednesday, December 30, 2009

Generasi Muda Perlu Kuasai Ilmu- Dr.Wahbah Zuhaili



Oleh Mohd Raimi (Setiausaha Agung ABIM)

Angkatan Belia Islam Malaysia telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan tokoh ulama tersohor dari Syria , Syeikh Prof. Dr. Wahbah Zuhaily. Delegasi ABIM yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr.Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah Ustaz Mohd.Naim Mohd Nor, Mantan Timbalan Presiden ABIM, Dr.Mohd Rumaizuddin Ghazli dan Sdr. Mohd. Farid Hafidh. Pertemuan ini merupakan pertemuan rasmi yang kedua dengan beliau sejak tiga tahun lepas. Pada tahun 2006, delegasi ABIM yang diketuai oleh Dr.Rumaizuddin pernah mengadakan kunjungan hormat di kediaman beliau di Damsyik, Syria

Pertemuan yang penuh kemesraan tersebut antara lain membincangkan isu-isu semasa sekitar umat Islam di Malaysia dan beberapa perseoalan fiqh dan fatwa kontemporari yang sememangnya merupakan bidang kepakaran Prof. Wahbah. Di samping itu, beliau turut memberikan nasihat agar ahli-ahli ABIM secara khususnya dan generasi muda di Malaysia amnya agar menumpukan usaha menguasai ilmu pengetahuan dan mempergiatkan lagi penyampaian usaha dakwah kepada masyarakat. Beliau memperingatkan agar belia yang terlibat dalam gerakan dakwah meneruskan iltizam dan komitrmen untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di sebalik pelbagai cabaran-cabaran yang mendatang.


No comments: