Sunday, March 7, 2010

ABIM Sabah -Tiga Dekad di persada Dakwah

Sejak ditubuhkan sekitar awal 1980an ABIM Sabah telah memberi khidmat bakti yang bersungguh-sungguh untuk kebaikan umat Islam dan masyarakat di negeri Sabah. Sekitar 1980an ABIM Sabah berusaha membawa masyarakat agar menghargai dan mengiktiraf sejarah kedatangan Islam ke Sabah seawal abad ke-13M. Kajian ini telah dilakukan oleh Tuan Haji Moktar Ramli dan dibukukan dalam sebuah monograf berjudul Sejarah kedatangan Islam ke Sabah (terbitan ABIM Sabah,1982). Menjelang dekad kedua (1990an) ABIM Sabah membawa gagasan "Islam sebagai pemersatu" apabila berlaku kemelut politik kepartian yang membawa tanda-tanda perpecahan dalam kalangan umat Islam di Sabah. Melalui gagasan berkenaan ABIM Sabah menyeru kepada semua umat Islam di negeri ini agar menjadikan Islam sebagai landasan membina ukuwwah yang melampaui agenda politik kepartian. Menjelang awal tahun 2000, dalam kerancakkan pembangunan di negeri ini, ABIM Sabah mengtengahkan pentingnya dimensi "dakwah dalam pembangunan". Iaitu gerak kerja dakwah perlu selari dengan pembangunan fizikal. Kini, menjelang tiga dekad di persada dakwah ABIM Sabah akan terus mendokong visi membangun dan memimpin khyra ummah abad ke21.

No comments: