Monday, August 16, 2010

Program ABIM Sabah Sempena Ramadhan 1431H

Bersempena dengan bulan yang penuh keberkatan ini, ABIM Negeri Sabah ini mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah di Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh negara, moga-moga segala amalan yang kita kerjakan diterima oleh Allah S.W.T dan dilipat gandakan pahala segala amal kebajikan kita.

Di bulan mulia ini juga, ABIM Sabah akan mengadakan beberapa program antaranya program Ihya Ramadhan Membina Belia Bertaqwa Siri Ke-VIII 1431H / 2010 yang akan diadakan di seluruh Institut Pengajian Tinggi /Institut Perguruan Malaysia seluruh Sabah, Kempen Seorang Sekapit Beras dan Seorang Sekotak Kurma. Keterangan lanjut boleh hubungi pihak sekretariat di talian 088212080 atau boleh lawati laman blog ini dari masa ke semasa.

Untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan membantu anak yatim Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau, bolehlah menghubungi pihak sekretariat. Juga kepada mereka yang berminat untuk menghulur sumbangan bagi menjayakan program ABIM sempena Ramadhan boleh juga menghubungi pihak sekretariat. Semoga dengan amalan kebajikan kita dilipat gandakan dan diterima Allah S.W.T. Sama-samalah kita menghayati makna Ramadhan yang diciptakan untuk kita berfikir dan bermujahadah agar akhirnya kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, 183:

"Wahai orang-orang iman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, seperti mana yang telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu sebelum kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa".

No comments: