Saturday, October 9, 2010

Tahniah Dan Selamat Berkonvokesyen!




ABIM Sabah ingin mengucapkan tahniah kepada Sdr. Milus Alu, Mantan YDP ABIM Kota Belud dan Pn. Rosnih Nasir, Mantan Ketua HELWA ABIM Sabah yang telah berjaya menyelesaikan pengajian dalam peringkat Sarjana atau Master Degree di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Begitu juga kepada Sdr. Mohd Zikri Zainudin, Timbalan Yang Dipertua ABIM Sabah yang telah berjaya menyelesaikan pengajian dalam peringkat Sarjana Muda atau Bachelor Degree di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan akan berkonvokesyen pada 30 Oktober 2010.

ABIM Sabah berharap agar mereka ini terus menyumbang tenaga kepada masyarakat dalam menyampaikan mesej dan peringatan yang baik untuk masyarakat khususnya di negeri Sabah. Sesungguhnya kudrat mereka inilah yang banyak membantu ABIM Sabah memartabatkan Islam di negeri Sabah dan ABIM Sabah mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk menyumbang kudrat mereka menegakkan kebenaran dan keadilan.

No comments: