Monday, October 11, 2010

Kuliah Tafsir Maudhu'iy Siri Ke-15


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan menganjurkan Kuliah Tafsir Maudhu'iy Siri Ke-15. Ini kali kedua Dato' Dr. Siddiq Fadzil ke Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini untuk memberikan kuliah beliau yang banyak mengupas al-Quran secara tematik. Butiran lanjut kuliah adalah seperti berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2010 / 22 Zulkaedah 1431H (Sabtu)
Tempat : Dewan Sri Kinabalu, Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang

ABIM Sabah dan JHEAINS ingin menjemput orang ramai untuk menghadiri kuliah ini yang sudah dilaksanakan sebanyak 15 siri. Yuran adalah PERCUMA, tiada bayaran dikenakan. Semoga dengan adanya majlis ilmu ini dapat mencerahkan fikiran kita disamping memantapkan kefahaman kita terhadap al-Quran menerusi kupasan yang mengikut tema atau tematik. Semoga dengan program ini juga dapar melahirkan generasi Quranik yang sentiasa memahami al-Quran dan mengamalkan isi kandung al-Quran al-Karim.

No comments: