Tuesday, April 12, 2011

Kuliyah Tafsir Maudhu'iyy Ke-16


Tradisi keilmuan dalam proses mencerahkan pemikiran masyarakat diteruskan dengan penganjuran Kuliyah Tafsir Maudhu'iyy Kali Ke-16 yang akan dianjurkan bersama oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Seperti tahun sebelumnya, kuliyah ini akan disampaikan oleh tokoh dan ilmuwan Islam yang tidak asing lagi iaitu Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah juga Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Butiran lanjut Kuliyah Tafsir Maudhu'iyy adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 April 2011 / 12 Jamadil Awal 1432H (Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu, Sembulan
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari

Penyertaan adalah PERCUMA. Semua diundang hadir ke Majlis ilmu ini. Untuk Makluman lanjut dan pendaftaran, boleh hubungi Sekretariat ABIM Sabah di talian 088-212080 atau Sdri. Jubaidah Djais di talian 0138575623.

3 comments:

Anonymous said...

http://www.anwaraidc.com/?p=12524

Anonymous said...

astaghfirullahalaim.....link apakah d atas tu...

Anonymous said...

astaghfirullahalazhim.....link apakah d atas tu...