Friday, July 1, 2011

Seminar Dakwah: Islam Agama Risalah Sempena Ijtima' Haraki Pertama WADAH dan ABIM Sabah



Islam adalah sistem kehidupan yang lengkap dan unggul di mana setiap perkara telah disediakan penyelesaiannya. Daripada perkara remeh kepada perkara rumit, pasti ada penyelesaian yang ditunjukkan. Maka setiap umat Islam mesti menghayati makna kehidupan mereka sebagai insan mukallaf. Oleh yang demikian, WADAH dan ABIM Sabah bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah dan Pertubuhan Seluruh Islam Sabah (USIA) berkerjasama menganjurkan Seminar Dakwah: Islam Agama Risalah Sempena Ijtima' Haraki Pertama WADAH dan ABIM Sabah. Antara yang akan membuat pengisian dalam seminar ini adalah Prof. Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar, Timbalan CEO, Institut Antarabangsa Pengajian Lanjutan Islam Malaysia (IAIS) yang akan memberikan Ucap Utama yang bertajuk "Islam Agama Risalah Dalam Konteks Alam Melayu". Butiran lanjut seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 Julai 2011 / 30 Rejab 1432H (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Teluk Likas

Penyertaan adalah PERCUMA. Semua diundang hadir ke majlis ilmu ini. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh berhubung dengan Sekretariat ABIM Sabah di talian 088-212080 atau faks ke 088-232237 atau emelkan penyertaan melalui emel ABIM Sabah, abimsabah@yahoo.com.my.

No comments: