Saturday, August 13, 2011

Program Ihya Ramadhan Membina Insan Bertaqwa 1432H / 2011



ABIM Sabah bersama JAKIM cawangan Sabah telah melaksanakan program Ihya Ramadhan Membina Insan Bertaqwa 1432H / 2011 yang akan dijalankan pada 13 dan 14 Ogos 2011 di Kg. Tinutuan dan Kg. Timbua, Ranau. Program ini dilaksanakan untuk memberikan kesedaran dan kefahaman yang mendalam terhadap Islam sebagai satu cara hidup disamping mengajarkan dan berkongsi asas ibadah (fardhu ain) seperti solat, puasa dan sebagainya.

Di samping itu, pemberian sumbangan hasil Kempen Seorang Sekampit Beras dan Sekotak Kurma dilaksanakan bersama penyerahan Tafsir Pimpinan Al-Rahman yang telah diberikan oleh pihak JAKIM cawangan Sabah untuk diberikan kepada saudara baru atau muallaf yang ingin mendalami ajaran Islam melalui pembacaan dan pemahaman terhadap isi kandung al-Quran. Yang Dipertua ABIM Sabah, Dr. Abdullah Bade, Setiausaha ABIM Sabah, Sdr. Mohd Nur Hilmie Milus serta Setiausaha Kewangan ABIM Sabah, Sdr. Jaafar Mahmud antara yang menyertai misi mencerahkan dan mencaknakan pemikiran saudara baru dan saudara semuslim di Kg. Tinutuan dan Kg. Timbua, Ranau.

Diharap program dakwah yang cuba menyantuni saudara baru ini dapat dilaksanakan secara kerap demi memberi kefahaman kepada mereka untuk hidup bertuhan dan menjadi muslim yang progresif walaupun jauh daripada kesibukan bandaraya.

No comments: