Seorang Pemandu Peribadi yang mempunyai pendapatan rendah yang tidak mampu menyara keluarganya yang besar.
Sempena Ramadhan al-Mubarak, bersamaan 20 Ogos 2011, WADAH dan ABIM Sabah telah melaksanakan ziarah dan penyampaian sumbangan Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma untuk diberikan kepada golongan fakir dan miskin, muallaf dan ibu tunggal di sekitar Kg.Petagas, Kg. Duvanson, Kg. Ketiau dan Kg. Lembising, Putatan. Seramai 14 keluarga yang terdiri daripada golongan fakir miskin, muallaf dan ibu tunggal diberikan sumbangan sekampit beras, sekotak kurma serta barang keperluan harian hasil daripada sumbangan orang ramai sepanjang Ramadhan ini. Turut hadir untuk menyampaikan sumbangan daripada orang ramai adalah Tn. Hj. Sainuri Hj. Yahmin, Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah, Dr. Abdullah Bade, Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah dan Sdr. Mohd Zikri Zainudin, Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sabah. Seorang penerima sumbangan, Makcik Masnah, seorang muallaf yang tinggal di Kg. Duvanson begitu terharu menerima kehadiran kami untuk diberikan sumbangan tersebut. Beliau berasa bersyukur atas bantuan yang diberikan kepada beliau. Makcik Masnah begitu tabah dan sabar mempertahankan akidahnya di sebuah kampung yang majoiritinya beragama Krisitan. Seorang lagi penerima merupakan seorang ketua keluarga namun tidak dapat menyara keluarganya disebabkan oleh penyakit kanser yang dihadapinya dan tidak mampu untuk bekerja bagi menyara hidup keluarganya. Semoga dengan adanya inisiatif seperti begini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka hadapi.
No comments:
Post a Comment