Monday, August 22, 2011

Ziarah Ramadhan Semurni Kasih Seikhlas Budi Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau

Cikgu Anisah sedang memberikan taklimat mengenai kebersihan

Anak-anak RPH sedang mendengar taklimat .

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, 21 Ogos lalu, WADAH dan ABIM Sabah berkesempatan ziarah dan memberikan sedikit sumbangan yang dikumpulkan daripada orang ramai kepada anak-anak yatim di Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau. Sumbangan berbentuk cadar dan keperluan pendidikan serta keperluan harian diberikan kepada anak-anak yatim RPH dan tidak lupa duit raya. Anak-anak yatim RPH juga diberi taklimat dan diajar untuk menjaga kebersihan diri, tempat tidur dan juga kebersihan di tempat mereka tinggal bagi mengelakkan mereka dijangkiti penyakit. Semoga dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagu ukhuwah bersama anak-anak yatim RPH.

No comments: