
Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16  September, ABIM Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia untuk  seluruh warga Malaysia. Keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi kini  adalah nikmat daripada Allah s.w.t yang harus kita syukuri. Semoga  keamanan & kestabilan negara kita yang tercinta ini dapat dikekalkan  untuk kita wariskan kepada generasi akan datang yang akan memimpin  & meneraju negara kita pada masa depan untuk membina tamadun khayra  ummah.
Hari  Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati  penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia  menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan  Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini  dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke  31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan  hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia  dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan  ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi  membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat  pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. (Sumber:  Wikipedia - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia)
 
No comments:
Post a Comment