Monday, November 14, 2011

Kuliah Tafsir Maudhu'iy Ke-17 Sempena Sambutan Pelancaran 30 Tahun ABIM Sabah


Tradisi keilmuan dalam proses mencerahkan pemikiran masyarakat diteruskan dengan penganjuran Kuliyah Tafsir Maudhu'iyy Kali Ke-17 Sempena 30 Tahun ABIM Sabah yang akan dianjurkan bersama oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah dan Majlis Belia Sabah (MBS). Kuliah kali ini akan dimeriahkan dengan Sambutan Pelancaran 30 Tahun ABIM Sabah yang akan dirasmikan oleh Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah. Kuliyah ini akan disampaikan oleh tokoh dan ilmuwan Islam yang tidak asing lagi iaitu Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah juga Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Butiran lanjut Kuliyah Tafsir Maudhu'iyy adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 November 2011 / 23 Zulhijjah 1432H (Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Likas
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Penyertaan adalah PERCUMA. Semua diundang hadir ke Majlis ilmu ini. Untuk Makluman lanjut dan pendaftaran, boleh hubungi Sekretariat ABIM Sabah di talian 088-212080 atau Sdr. Jaafar Mahmud (016-8401894) atau Sdr. Mohd Zikri Hj. Zainudin (013-8830445) atau Sdri. Dayang Uziah (019-8317876)

No comments: